Tuesday, July 21, 2009
Abolish ISA, 1st August 2009
Kami akan menyertainya. Walaupun kami mendapat pelbagai nasihat dan kritikan dari rakan-rakan supaya tidak menyertai demonstrasi ini (atas alasan demonstrasi ini adalah propaganda penmbangkang), tapi kami sebagai satu golongan yang percaya pada direct action, akan tetap menyertai demonstrasi ini sebagai salah tanda yang kami prihatin terhadap golongan tertindas dan sebagai satu tanda protes terhadap regime fascist pimpinan UMNO-BN. Kami, non-partisan, libertarian dan anarkis berjuang untuk keadilan dan kesamarataan setiap makhluk, manusia mahupun haiwan. Bagi kami, dengan duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa pada tarikh tersebut adalah tindakan kejam bagai menghalalkan kekejaman regime UMNO-BN. Turunlah ke jalan wahai rakan-rakan ku, teman-teman, keluarga ku. Ini adalah perjuangan. Ini adalah perang.
Anarchy Liberty Equality Solidarity
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
Majoriti rakyat Malaysia tak akan terpengaruh dengan paksaan segelintir budak-budak minoriti macam hang, yang tahu nak menyusahkan sahaja. Kalau tak reti hudup dalam masyarakat dan tak kenal erti majoriti dan minoriti, ada baiknya mampos, dari menyusahkan orang lain.
Ni baru minoriti dah nak besar kuasa tunjuk hebat. Kalau sampai memerintah nanti tah apa akan jadi dengan Malaysia ni.
Pergi jahanam lah kao orang semua. Pergi jahanam PR.
Lets face it. The fact is the current government has been elected to rule this country. And if you doesn't like anything, go through a proper channel.
I just can't understand why you all like to do such things. Really unsivilized. Enough prove to show how uncredible you are to rule this country (if given a chance).
Sampah punya pakatan. Ni yang di namakan Pakatan Rakus. Rakus nak berkuasa sampai tak kira mana halal mana haram, mana salah mana betul, semua dilanggarnya.
Allah maha kuasa, dia yang menentukan segalanya dan InshaAllah, berkat doa semua rakyat Malaysia, perosak, parasit macam hang, akan berkubur tak lama lagi.
Allahhuakbar!
terima kasih kepada "rakan2" fascist dan far-right wing kerana memberikan komen di bawah. amat menghairankan kami, blog radical review ini amat lah sukar ditemui kerana ianya tidak dipromosikan secara meluas (hanya segelintir rakan-rakan dan pembaca zine ini je yang tau), akan tetapi, kami agak teruja melihat golongan right-wing ini juga membuka blog ini. walaubagaimanapun, ianya agak menghairankan kerana waktu comment2 ini ditulis amatlah dekat (selang beberapa minit pada jam dan tarikh yang sama). kami membuat andaian yang comment2 ini ditulis oleh orang yang sama (terima kasih kepada teknologi internet. penyamaran menjadi lebih mudah) yang kononnya org yg berbeza. ataupun, mungkin orang yang berbeza tetapi "kebetulan", comments ini di-drop pada waktu yang sama. walau apa pun, sesiapapun yang menurunkan komen2 ini, kami sedikit pun tidak gentar dengan komen2 ignorant mereka ini. malah, ia bagaikan apa yang kami mahukan, sebagai satu pentanda kepada orang ramai yang ujudnya golongan far-left ini. kami mungkin parasit tetapi kami tidak akan dikuburkan. kami bukan manusia. kami adalah idea. kamu mungkin boleh membunuh manusia tetapi idea, akan kekal selamanya. terima kasih kepada benny,dr chia dan zain. walau dimana anda berada, anda tetap diperhatikan.
p/s: tahniah kepada golongan black bloc atas usaha mereka walaupun hanyalah kecil jumlahnya (10 orang). laporan terperinci akan ditulis tidak lama lagi.
to zain,
harap maaf dipohon. kenyataan saudara itu tentang yang kami dari pakatan rakyat adalah jauh tersasar dan memalukan. seperti yang ditulis oleh kami, kami tidak mewakili mana2 pertubuhan, persatuan dan parti (seperti apa yang kami dipersoalkan ketika himpunan mansuh isa tempoh hari). kami mewakili diri sendiri, percaya dan pegang kepada apa yang kami percaya. mengenai term "halal haram" saudara itu, kami rasa saudara masih belum cukup ilmu di dada untuk berdebat atau berkonfrantasi dengan kami kerana jika menurut rasional akal (atau bergantung kepada apa yang anda percaya; agama, ketuhanan, spiritual, diri sendiri etc.), tindakan melawan pemerintah yang zalim dan tidak saksama amat diharuskan. sila belajar dan baca buku (jika buku membuat anda tidur, sila layari internet seperti wikipedia. opps..kejap sila taip http/en.wikipedia.org kat address kat atas tu. kalau tak jumpa, sila hubungi rakan terdekat) mengenai peristiwa2 rakyat menentang pemerintah (revolusi cuba, revolusi sepanyol, revolusi russia, revolusi iran). nasihat kami kepada encik zain al jefri (sedap betul nama kamu ni), cuba anda baca dan fikir...kemudian LAWAN!
to dr chia.
whats up doc. its really great to see you really feel proud with the "dr" the certain people gave you. most doctor didn't put the "DR" in their comments (except the well-known doctor like mahathir). no offence eh. by the way, about your view that you mention, it is true that this goverment has been elect by the majority people of malaysia. but the thing is, we (people who didn't vote or people who vote for opposition) did not approve this goverment. we believe since we didn't approve this goverment, it is our rights to not follow their comands, to not agree with their laws. if you said we better live somewhere, we really hope we can because we (you also doc) didn't ask to be malaysian citizen when we were born. its just a coincidence you born here. about your uncivilized shit, we can accept any of your critics. we fine with it. we won't change by the way. and lastly, about giving us to rule this country...urm..are you really fucking sure?? you want to give anarchists run this country?? how sincere you are mate.
to benny.
i thought you were chinese or indian. i bet you are indian because zain is malay, dr chia is chinese and of course, to show how multi-racial you are (and how najib succeed brainwash you about his stupid 1malaysia shit), you have to be an indian. but nice try, it sounds like a hopeless kid from penang to me. lets talk in malay lah senang (susah juga rupanya nak mewakili bangsa ni. nasib baiklah kami tidak mempunyai bangsa). tentang ayat kamu tu yang cakap rakyat malaysia takkan terpengaruh dengan paksaan kami, kamu telah silap lagi. kami tidak memaksa mana2 individu untuk melakukan sesuatu. kami ialah libertarian. setiap individu berhak memutuskan apa yang mereka mahu/ikut/pakai/makan/percaya/cakap. kami menentang segala bentuk paksaan seperti yang undang2 negara ini (yang kamu junjung) dan juga akta isa ini.
kami tak mempengaruhi rakyat malaysia, kami cuma ingin mebuatkan mereka berfikir. tentang perkataan "kuasa", kamu juga sekali lagi silap . kami tidak menunjukkan sebarang bentuk kuasa pun kat sini. kami menentang kewujudan sistem hierachy, bermakna kami menentang kewujudan golongan berkuasa dan golongan tertindas. kerana (ni kami sekolahkan kamu sedikit) bila wujudnya golongan berkuasa bererti wujudnya golongan tertindas. sebab itu adanya perkataan "kuasa" yang bermakna golongan itu mendominasikan satu golongan aka yang tertindas. akhir sekali, kamu juga sama seperti doktor chia yang mengimaginasikan yang kami akan memerintah negara (terima kasih banyak2) sedangkan kami sendiri pun tak pernah berangan sampai tahap tu. dan sama juga dengan yang lain, kamu silap lagi (jika ambik exam, mesti fail ni) yang kami ni dari pakatan rakyat. adoi, kesian kamu ni. jadi bahan ketawa. kami adalah individu yang bebas dari mana-mana pertubuhan dan parti politik. jadi aku sokong kamu, pergi jahanam PR begitu juga BN-UMNO dan kerajaan dan ahli politik kosong.
Post a Comment