Tuesday, July 21, 2009

Abolish ISA, 1st August 2009


Kami akan menyertainya. Walaupun kami mendapat pelbagai nasihat dan kritikan dari rakan-rakan supaya tidak menyertai demonstrasi ini (atas alasan demonstrasi ini adalah propaganda penmbangkang), tapi kami sebagai satu golongan yang percaya pada direct action, akan tetap menyertai demonstrasi ini sebagai salah tanda yang kami prihatin terhadap golongan tertindas dan sebagai satu tanda protes terhadap regime fascist pimpinan UMNO-BN. Kami, non-partisan, libertarian dan anarkis berjuang untuk keadilan dan kesamarataan setiap makhluk, manusia mahupun haiwan. Bagi kami, dengan duduk di rumah dan tidak melakukan apa-apa pada tarikh tersebut adalah tindakan kejam bagai menghalalkan kekejaman regime UMNO-BN. Turunlah ke jalan wahai rakan-rakan ku, teman-teman, keluarga ku. Ini adalah perjuangan. Ini adalah perang.

Anarchy Liberty Equality Solidarity

TAKTIK DAN CARA-CARA DEMONSTRASI JALANAN ALA BLACK BLOC





BAHAN – BAHAN UTAMA
- pakaian yang sama dengan rakan lain dan menutup identiti pemakainya
- kepercayaan dan perhubungan antara satu sama lain.
- misi

BAHAN – BAHAN LAIN

1 Air: memerlukan dalam kuantiti yang banyak kerana kamu akan memakai pakaian yang tebal di cuaca yang panas dan air amat berguna kerana kamu akan diserang oleh bahan-bahan kimia pihak berkuasa).

2 Makanan: jangan bergantung pada kedai-kedai berhampiran.

3 Pakaian Penyamaran: beberapa helai pakaian amat berguna untuk tunjuan/misi lain/berbeza

4 Senjata Pertahanan:
- banner
- perisai (buatan sendiri/puppet)
- kasut but/steel-toed (pastikan ianya selesa untuk berlari!)
- pelindung/penghadang badan
- topeng gas, google, cermin mata hitam
- bandanna yang telah diperah air limau(air limau bukan air oren/sila simpan buah limau beberapa biji di dalam poket yang mudah untuk diambil)
- baju hujan/hooded/sarung tangan bertujuan untuk mengelak dari terkena bahan-bahan kimia pihak berkuasa
- Bawa juga alat perubatan dan ubatan (first aid) jika anda dan tahu menggunakannya.

5 Senjata Serangan:
- spray can/spray paint
- lastik
- papan tanda
- bendera (tiang yang besar dan tebal adalah satu bonus)
- Molotov cocktails (bom botol)
- Lampu terang (lampu suluh atau apa sahaja jenis lampu yang terang untuk menghalang pandangan pihak berkuasa ketika waktu malam)
- Tangga (berguna untuk melepasi apa sahaja halangan/pagar)

6 Alatan Komunikasi:
- hand radio/walkie-talkie
- telefon bimbit/hand phone (pastikan ianya sudah di top-up)
- police scanner
- bendera (pastikan kod bendera dikongsi bersama)
- drum (pastikan kod drum dikongsi bersama)

7 Pengangkutan/Kenderaan:
- basikal (kenderaan terbaik untuk melarikan diri dan bersembunyi)



BLACK BLOC, pengenalan ringkas
- sebelum ini, anda mungkin sudah terdengar atau terpandang tentang kehebatan Black Bloc yang mana jika tidak keterlaluan, ianya dihormati, dan merupakan salah satu tradisi dan upacara anarkis untuk berkumpul secara beramai-ramai, meng-praktik-kan direct action (direct action bermaksud tindakan atau perlakuan oleh individu atau kumpulan untuk mencapai kehendak/gol mereka dengan cara berbeza dengan cara normal oleh orang normal), memakai pakaian hitam hampir sepenuhnya, mengenakan topeng dan terlibat dalam beberapa aktiviti yang dilarang oleh pihak berkuasa. Taktik ini telah berjaya dalam beberapa pertarungan ulung pada beberapa dekad yang lepas, dan juga gagal dalam beberapa pertarungan yang jumlahnya, tidak cukup jari untuk dibilang. Ada beberapa karekter-karekter budaya tertentu yang mirip dengan taktik Black Bloc boleh dianggap sebagai tanda asal-usul taktik Black Bloc ini. Sebagai contoh, The Boston Tea Party (protes pada 1773 di Massachusetts) adalah salah satu contoh terbaik bagaimana satu Bloc bergerak: peserta merancang secara diam-diam, memakai pakaian yang sama (mereka memakai pakaian/kostum Red Indians yang sebenarnya salah dari segi politikalnya), dan terlibat dalam kelakuan dan tindakan yang provokatif seperti merosakkan harta benda yang mana ianya agak sama dengan apa yang Black Bloc lakukan sekarang iaitu dengan merosakkan dan meng-provok kedai kopi korporat (anda mungkin sudah tahu kedai kopi yang mana). Kepada sesiapa yang meng-praktik-kan ‘direct action’ mestilah selalu ingat beberapa jenis senario di mana satu versi tindakan/pergerakan Bloc, adalah amat berguna.


ADAKAH BLACK BLOC INI BAGUS?
- Taktik Black Bloc ini amat berguna apabila peserta demonstrasi faham yakni tahu yang mereka akan melanggar undang-undang (untuk pengetahuan anda, semua aktiviti yang membangkang/protes pihak berkuasa: raja, kerajaan, polis, pihak kapitalis dll. adalah salah disisi undang-undang negara Malaysia). Jadi, apabila kalian berada dikelompok yang semua orang kelihatan sama, akan timbul kesukaran bagi pihak berkuasa mengenal pasti siapa yang terlibat dalam aktiviti radikal terhadap mereka. Maka, ini bermakna, peserta Black Bloc tidak perlu takut terhadap pihak berkuasa kerana pihak berkuasa menghadapi masalah untuk membuat sebarang penangkapan. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, beberapa siri demonstrasi dan tunjuk perasaan telah diadakan di negara ini yang mana pada keesokkan harinya, media akhbar dan televisyen, atas arahan dan kebenaran pihak polis, telah menayangkan gambar-gambar peserta yang dikehendaki oleh pihak polis. Mereka yang dikehendaki ini telah melakukan kesilapan besar apabila mereka gagal menutup wajah mereka ketika melakukan aktiviti ini. Ini bermakna, gerakan Black Bloc yang menyarankan supaya wajah peserta harus ditutup merupakan satu taktik bagi menyukarkan kerja-kerja penangkapan. Kejadian membakar lori/trak polis di Kelantan baru-baru ini merupakan satu contoh terbaik di mana individu pertama yang bertindak membakar lori/trak itu terselamat kerana individu itu berjaya menutup wajahnya dengan bandanna (walaupun sebenarnya individu itu mengambil risiko kerana hanya menutup sebahagian sahaja wajahnya).
- Selain daripada salah satu taktik untuk melepaskan diri, Black Bloc juga merupakan satu aktiviti yang amat menarik, mengujakan dan menyeronokan. Aktiviti ini dapat melepaskan perasaan peserta yang sebelum ini dihantui rasa takut akan pihak berkuasa. Kemunculan Black Bloc akan membuatkan pihak polis terkejut dan semestinya takut, yang mana sebelum ini mereka hanya berdepan dengan manusia berpakaian biasa, berkopiah dan sebagainya, tetapi kali ini, mereka berdepan dengan satu blok manusia serba hitam ala gerila dan akan membuatkan mereka berfikir yang bukan mereka sahaja yang mempunyai unifom, lawan mereka pun sudah pandai sekarang. Kewujudan Bloc ini juga sebagai satu tanda kepada pihak berkuasa yang blok manusia serba hitam ini bukan blok sebarangan.
- Akhir sekali, walaupun anda tidak merancang untuk bertindak liar ketika menyertai Black Bloc ini, anda seharusnya mengenakan kod pakaian yang sama sebagai satu langkah untuk anda menjaga rakan anda yang mungkin akan bertindak sedemikian. Ingatlah, ada bermacam jenis manusia yang menyertai Black Bloc ini (guru yang tidak mahu kehilangan kerja, pelancong/imigran yang tidak mahu dihantar pulang, pelajar yang tidak mahu diberhentikan, kakitangan kerajaan yang tidak mahu dibuang kerana ingin bekerja sambil merosakkan dan mencuri harta benda jabatan mereka dll). Jadi, tugas anda adalah untuk menjaga mereka, seperti mereka menjaga anda. Jadi, apabila semua menjadi “anonymous”, anda pun adalah “anonymous”.

PERSEDIAAN
- Salah satu persediaan yang penting ialah dengan mengenali/memahami dahulu kawasan yang bakal menjadi tempat demonstrasi. Bersama rakan-rakan kalian, cuba kenal pasti lorong-lorong rahsia untuk melarikan diri, jalan mati, kedudukan kamera CCTV, tempat yang bakal menjadi tapak pihak berkuasa terpacak, target-target, ringtangan dan halangan seperti pagar (yang boleh kalian gunakan kelak) dan yang paling penting ialah kenal pasti supaya anda tidak sesat berdemonstrasi. Sekiranya anda tinggal jauh dari tapak demonstrasi, cuba kaji selidik dan simpan di dalam fikiran peta tapak tersebut.
- Pastikan kalian berada di tempat yang selamat sebelum demonstrasi berlangsung. Elakkan dari sebarang tanda syakwasangka oleh pihak berkuasa. Sebelum ini, telah beberapa kali pihak berkuasa telah berjaya menahan peserta dan aktivis di tempat mereka bersembunyi. Sekali lagi, elakkan dari sebarang tanda-tanda yang boleh menimbulkan syakwasangka. Tempat berkumpul sebelum demonstrasi juga harus dititik-beratkan kerana kalian tidak mahu tempat kalian berkumpul ditutup oleh pihak berkuasa kerana pada hari demonstrasi, pihak berkuasa akan menutup beberapa kawasan di dalam bandar.
- Biasanya, sebelum demonstrasi, peserta Bloc akan berbincang tentang taktik dan sebagainya. Sekali lagi diingatkan, pastikan tempat kalian berbincang itu selamat. Tempat berbincang itu haruslah bergantung pada berapa ramai yang akan menyertai perbincangan itu. Jika kalian cuba merancang satu Bloc yang simbolik dan besar, cuba hebohkan hal ini secara hati-hati kepada kawan-kawan kalian tetapi risikonya amatlah tinggi. Untuk merancang Bloc yang agak tertutup dan selamat, cuba hebohkan rancangan ini pada rakan-rakan yang anda percaya sahaja. Dan pastikan rakan anda itu menghebohkan perkara ini pada rakan yang dia percaya sahaja. Dan seterusnya dan seterusnya.
- Aspek psikologi memainkan peranan penting. Sentiasa berjaga-jaga tentang keburukan yang akan berlaku terhadap diri anda dan rakan-rakan kerana dengan cara tersebut, anda akan cuba sedaya-upaya meminimumkan kesilapan yang bakal anda lakukan.



KETIKA DEMONSTRASI…
- Pastikan anda ingat beberapa nombor telefon penting. Sekiranya gagal, cuba guna pen marker (permanent marker) dan tulis nombor-nombor tersebut di badan anda. Nombor-nombor tersebut mungkin anda amat perlukan sekiranya sesuatu terjadi pada diri anda.
- Pastikan anda hanya membawa sejumlah wang yang cukup. Ingat, jangan membawa wang pada jumlah yang lebih kerana ianya akan menjadi milik pihak berkuasa sekiranya anda ditahan.
- Sila tanggalkan sebarang subang pada diri anda kerana ianya akan melukakan badan anda.
- Pastikan anda tidak membawa sebarang buku alamat atau apa-apa anarkis propaganda. Anda tidak memerlukan bahan tersebut ketika upacara demonstrasi.
- Bawa air minuman yang banyak. Ingat, anda di Malaysia dan anda memakai pakaian yang banyak. Nanti kalau panas ke, haus ke, sendiri mau ingatlah beb.
- Makanan pun perlu dibawa bagi mengelak kehilangan tenaga. Upacara demonsrasi akan mengambil tempoh berjam-jam dan makanan berguna ketika anda berada di dalam tong sampah ketika cuba bersembunyi dari pihak autoritas. Pisang dan roti adalah makanan yang ideal kerana mudah dibawa, ringan dan berkhasiat. Ianya juga penting kerana ianya mudah untuk diberikan pada rakan-rakan yang lain yang kehilangan tenaga. Pastikan juga makanan anda itu tidak terkena sebarang bahan kimia pihak berkuasa.
- Senantiasa buka mata anda terhadap pihak berkuasa yang menyamar sebagai orang biasa. Pastikan manusia-manusia ini tidak bercampur dengan anda dan pastikan anda tidak melakukan perkara yang melulu di hadapan mereka. Fikir sebelum bertindak. Pastikan juga anda tidak membuka topeng anda di hadapan orang yang anda tidak kenali dan juga sentiasa berhati-hati terhadap manusia yang membawa kamera (ianya mungkin pihak media ataupun fotografi biasa kerana zaman sekarang, sudah ramai berjaya memiliki kamera. Oleh itu elakkan dari sebarang tindakan pendedahan identity di hadapan mereka)
- Pakaian anda amatlah penting ketika berada di dalam Bloc. Sebarang patches band hardcore punk kegemaran anda harus lah tidak didedahkan bagi mengelak dari ditahan. Jika hoodie atau jaket anda mempunyai patches, sila terbalikkan apabila anda memakainya. Ingat, ini bukan tempat menayangkan patches crusty anda. Juga diingatkan, pakaian yang dikenakan haruslah selesa dan tidak membebankan. Pakaian anda itu penting untuk digunakan bagi mengelak dari semburan bahan kimia. Baju kalis air adalah yang terbaik untuk mengelak bahan kimia tersebut. Pastikan anda memakai beberapa helai baju di dalam bagi tujuan melepaskan diri. Nasihat pihak kami, pakai baju dalaman yang mempunyai warna kontra dengan jaket hitam anda. Ini bertujuan mengaburi mata pihak berkuasa.
- Jika berlaku sebarang aktiviti dan tindakan agresif, sila guna bendera, pagar, banner atau apa-apa alatan yang saya ingatkan di atas sebagai penghadang.
- Penting. Persoalan sama ada bilakah masa sesuai untuk memakai topeng adalah sukar untuk dijawab dan sukar untuk ditetapkan. Jika anda memakai topeng ketika Bloc sudah terbina, anda berada dalam risiko yang identity anda sudah terdedah. Jika anda memakai terlalu awal, risiko untuk ditahan sebelum Bloc itu terbina juga timbul. Kami hanya boleh menyarankan yang topeng boleh dipakai apabila Bloc baru sahaja terbina dan masa untuk memakainya amatlah rumit. Oleh itu, pastikan yang anda tidak memakai topeng terlalu awal atau terlalu lewat.
- Bina Black Bloc anda apabila peserta-peserta demonstrasi lain sudah memulakan demonstrasi mereka. Elakkan daripada membina Bloc dahulu kerana bagi pihak berkuasa, Black Bloc kelihatan lebih mengancam dan radikal dari orang lain.
- Apabila Black Bloc sudah terbina, pastikan anda berada rapat dengan rakan-rakan yang lain (kepit tangan antara satu-sama lain. Taktik ini adalah mirip taktik pengakap di sekolah dahulu). Ini juga penting bagi Bloc ini kerana dengan cara ini, anda akan sedar bila rakan anda akan ditarik oleh pihak polis dan ianya berguna untuk menyelamatkan rakan anda tersebut dari ditahan dengan melawan balik pihak berkuasa. Pertahankan diri dan rakan anda. Dan jangan mengalah!
- Untuk komunikasi, jika perlu, guna nama samaran. Untuk penukaran taktik atau apa-apa tindakan, sila jerit dengan kuat supaya rakan anda yang lain tahu apa yang terjadi. Ini perlu kerana di dalam Bloc, anda dan rakan-rakan adalah satu kumpulan dan pasukan. Jangan biarkan apa-apa berlaku terhadap teammate anda. Sekali lagi diingatkan, sila berikan bantuan jika ada yang memerlukan.
- Jika anda bersedia untuk merosakkan harta benda pihak kapitalis, sila pastikan keadaan dan masa tersebut sesuai untuk bertindak. Periksa dahulu di mana pengawal keselamatan dan periksa dahulu kelemahan harta benda tersebut. Tindakan seperti menconteng dengan spray paint dan memecahkan tingkap adalah kaedah yang mudah untuk dipraktikkan. Akan tetapi, sering berlaku di mana-mana demonstrasi sebelum ini, timbulnya konflik antara anarkis dengan peserta lain. Peserta demonstrasi lain akan menganggap kerja-kerja merosakkan harta benda ini adalah tidak wajar dan mereka menganggap tindakan pihak anarkis ini sebagai ‘keganasan’ (violence). Perlu diingatkan, sekiranya anda terlibat dalam situasi seperti ini, sila terangkan kepada mereka apa yang anda percaya dan makna sebenar violence itu kerana tindakan anda itu tidak mencederakan mana-mana manusia sebaliknya anda hanya merosakkan harta benda.
- Senjata paling merbahaya yang bakal digunakan ialah molotov cocktails. Untuk menggunakan senjata ini, pastikan tiada pihak berkuasa di belakang anda dan di belakang anda ialah penunjuk perasaan lain. Penggunaan senjata ini boleh membuatkan anda berada ke penjara. Jadi, cara penggunaan yang terbaik ialah dengan muncul dari peserta demonstrasi yang lain, membaling molotov cocktail dan hilangkan diri secepat mungkin. Dinasihatkan anda membalingnya ke arah harta benda polis, bukan ke arah pegawai polis. Untuk membaling objek ke arah polis, objek-objek lain seperti mentol lampu, botol kaca, bom cat dan melastik apa-apa objek juga boleh digunakan.
- Bersedia untuk menghadapi apa-apa sahaja senjata pihak polis. Mereka akan menggunakan cota, penyembur lada, meriam air, peluru getah, bom asap, gas pemedih mata, dan sebagainya. Sentiasa bertindak dahulu daripada mereka. Mengenai bom asap dan tin gas pemedih mata, ianya boleh dicapai dan dibaling ke arah mereka. Pakai sarung tangan untuk melakukan aksi terbabit. Dan yang paling penting, pasti ianya bukan concussion bomb ataupun jenisan bom yang boleh meletup. Pastikan ianya jatuh ke jalan selama beberapa saat sebelum anda mengapai dan membalingkannya semula.
- Jika anda tidak bernasib baik, anda akan ditahan oleh pihak polis. Ketika ditahan, simpan di dalam minda yang segala tingkah laku yang bagi anda adalah untuk menpertahankan diri akan membuatkan anda disabitkan atas kesalahan cuba mencederakan anggota polis. Jika rakan anda cuba melepaskan anda, sila memudahkan kerja mereka dengan mengaburi mata polis dan menyusahkan kerja anggota tersebut. Cuba yang terbaik untuk memperlambatkan kerja penahanan kerana ianya akan memberi ruang kepada rakan anda untuk melepaskan anda.
- Satu lagi aspek penting yang perlu diingati. Bukan sahaja pihak berkuasa yang perlu kita berjaga-jaga, orang biasa yang mungkin polis menyamar, manusia yang bertentangan idelogi, neo-Nazi (yang mungkin merasa kurang selesa dengan sepanduk dan bendera hitam anda) dan bermacam-macam lagi manusia juga perlu kita awasi kerana mereka ialah golongan yang mengsabotaj usaha kita. Jadi, berjaga-jagalah dengan orang yang anda tidak kenali.
- Untuk melarikan diri, tukar pakaian anda dan pastikan anda kelihatan seperti peserta protes yang lain dan bukannya datang Black Bloc tadi. Pastikan tiada sesiapa dan kamera di sekeliling anda. Ini bagi mengelak penangkapan selepas upacara demonstrasi selesai. Jika anda mempunyai basikal, letakkan basikal anda pada tempat yang kurang berisiko dan mudah untuk digapai dan menghilangkan diri. Pastikan juga jikalau perlu, berada disamping rakan anda. Pastikan Bloc tadi sudah berpecah, tukar pakaian dan hilangkan diri.


SELEPAS ITU…
- Selepas sahaja selesai berdemonstrasi, cuba berkumpul bersama rakan yang lain dan berbincang tentang apa yang telah diperolehi dan apa yang kurang. Ini bertujuan untuk mendengar dan memberikan cadangan supaya di masa akan datang, Black Bloc ini akan terus berkembang dan untuk memperbaiki kelemahan di dalam taktik. Ingat, ketika berbincang, pastikan hal-ehwal perbincangan anda itu tidak didengari oleh orang yang tidak dikenali. Jangan sesekali berasa takbur dan menghebohkan perkara ini kepada orang ramai. Pastikan juga, ketika berbincang, kalian semua kelihatan seperti golongan-golongan orang biasa. Pakai pakaian seperti remaja-remaja lain.

Akhir kata, moga kalian tidak ditangkap dan Selamat Meng-Smash Negara!!


p/s: Ditranslatekan oleh Cik Anne Nonny Mouse melalui buku keluaran Crimethinc. Maaf atas segala masalah kesilapan tatabahasa. Jika sakit mata baca kat PC, print it and fotostat banyak2 then bagi kat kenalan rapat.